KHAMIS, 9 DISEMBER – Dalam pada itu, penyokong setia Datuk Seri Najib Razak turun padang memberi sokongan kepada bekas perdana menteri itu di perkarangan Istana Kehakiman, Putrajaya.
Walaupun Najib tidak hadir ke mahkamah ekoran perbicaraan dijalankan secara hybrid, mereka hadir dengan diringi laungan takbir, nyanyian dan sorakan.
Gelagat mereka menarik perhatian petugas media yang membuat liputan perbicaraan ini.
Selain memakai kemeja T tertera gambar Najib bertulis “tetap bersamamu”, dan pengikat kepala.
Selesai keputusan hakim hari ini, mereka beredar meninggalkan perkarangan mahkamah.