
(Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia Musa Awang / sumber : beritaharian)
RABU, 8 DISEMBER – Dalam pada itu beliau berkata mengikut perundangan, terdapat peruntukan bahawa orang Islam di negara ini dilindungi daripada melakukan tugas penjualan arak, tidak solat jumaat dan penjualan bahan tidak halal.
Bagaimanapun peruntukan itu berbeza, tertakluk kepada enakmen negeri masing-masing.
Sehubungan itu masyarakat diseru cakna dengan sekeliling dan peruntukan yang ada supaya tidak bersubahat dalam penjualan arak.
Malah ISMA juga berharap orang ramai bersama-sama bangkit untuk permit menjual arak di kedai serbaneka tidak diluluskan.
Bagi enakmen jenayah syariah selangor, 1995 ENAKMEN 9 seksyen 18 menyatakan pertama Mana-mana orang yang, di mana-mana kedai atau tempat awam lain, minum apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia Musa Awang ketika dihubungi menyatakan tindakan boleh ambil menurut perkara kedua enakmen berkenaan Mana-mana orang yang membuat, menjual, menawarkan untuk jualan, mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Hasil tinjauan mendapati , mereka berkata “….. Kita tidak biasa dengan hak pekerja….dalam undang-undang syariah negeri ada sebut…”
Tambahnya beliau faham mengenai tuntutan bekerja oleh orang Islam serta ada yang bimbang hilang pekerjaaan pada ketika sangat sukar mencari kerja pada waktu ini.
Bagaimanapun atas dasar keprihatinan dan ajaran Islam beliau berharap ada kesedaran dilakukan masyarakat peruntukan untuk melindungi orang-orang Islam untuk tidak bersubahat dalam penjualan arak.
Setiap ahli masyarakat , ..penguatkuasaan kita frontliner …suarakan jangan normalisasi voice out , sy dapat feedback ramai tak tahu ahli masyarakat harus cakna jgn berterusan dan majikan cadangkan berterus terang, dengan satf mereka.