Oleh: Haffiz Aziz
Selasa , 7 Disember 2021 : Tenang dan mendamaikan. Pemandangan dihiasi panorama lampu lampu neon dan rekabentuk bangunan menjadi tarikan utama untuk menjamu selera di Sunway Lagoon.
Ho Ho Hot BBQ yang berlansung dari 3 Disember 2021 hingga 2 Januari 2022 (Jumaat – Ahad) pastinya menjanjikan BBQ bertaraf 5 bintang disediakan.
Sejak ia dilancarkan pada minggu pertama, sebanyak 150 pax telah terjual dalam satu hari.
Wakil kepada kepada pengurusan Sunway Lagoon berkata, pengunjung yang datang kesini, bukan sahaja dapat makanan makanan yang dipanggang sendiri malah mereka akan menikmati keindahan panoram malam yang dihiasi dengan lampu lampu neon bersempena dengan kedatang tahun 2022.
“Makanan yang kami sediakan berbaloi dengan harga yang ditawarkan dengan hanya RM150 untuk dua orang. Dimana makanan kami melebihi 7 jenis” ujar Pengurusan Sunway Lagoon.
Bagi yang berkelapangan pada cuti hujung minggu, inilah masanya untuk membawa ahli keluarga untuk menikmati makan malam bersama.
Untuk anda yang ingin membuat tempahan, dosyorkan untuk menempah 24 jam sebelum. layari laman web www.sunwaylagoon.com.my