JUMAAT, 3 DISEMBER – Ramai menyifatkan punca harga barang naik disebabkan kesan rantaian perniagaan dan import namun ia dipercayai berlaku sebaliknya.
Menurut Pakar Ekonomi, Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai, kenaikan harga barang mungkin berlaku disebabkan permainan di antara pihak pemborong atau pengeluar.
Prof Emeritus DR Barjoyai Bardai, Pakar Ekonomi berkata :
“Ada juga orang mengatakan harga barang di malaysia meningkat kerana kita mengimport terlalu banyak barang dan kadar pertukaran asing kita telah merosot tetapi sebenarnya kadar pertukaran ringgit ke US dolar sedang meningkat semalam berlaku really di mana permintaan terhadap ringgit meningkat menyebabkan nilai ringgit menjadi kukuh jadi itu bukan 2 sebab yang menyebabkan harga barang-barang meningkat kemungkinan besar harga ini harga yang dibuat oleh pengeluar yang sengaja untuk meraih keuntungan membalas dendam bagi mendapatkan balik kerugian yang mereka telah alami semasa ekonomi terpaksa ditutup dan mereka tidak boleh berniaga.”
Ketika ditanya mengenai Program Jualan Keluarga Malaysia (JKM) yang dilancarkan hari ini, Profesor Barjoyai menganggap ia sebagai inisiatif yang baik.
Beliau turut menyarankan agar pasaran secara terus seperti pasar tani dan pasar malam ditambah baik termasuk memberi bantuan kepada petani dalam bentuk subsidi.
“Itu satu inisiatif yang baik dan saya rasa ia patut diteruskan ditambahkan kepada kita perlu membawa balik era pasar tani dan pasar malam dan kita perlu mempromosi pasar tani dan pasar malam melalui institusi untuk membolehkan barang terus datang dari petani kecil kepada pasaran yang membolehkan pengguna mendapat harga yang sesuai. kalau perlu mungkin kita boleh memberikan bentuk pertolongan dan subsidi kepada petani untuk memastikan harga barang daripada ladang kebun terus sampai kepada pengguna pada harga yang murah.”