KHAMIS, 2 DISEMBER – Susana persekitaran pembelajaran di sekolah perlu dipastikan selamat selain mengambil langkah berjaga-jaga termasuk kerap melakukan ujian saringan Covid-19 di sekolah.
Demikian pandangan Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru), Ustaz Mohd Azizee Hasan berhubung isu 73 pelajar dan dua guru di Sekolah Seri Puteri Cyberjaya yang disahkan positif covid-19.
Ustaz Mohd Azizee Hasan, Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru) berkata :
“Apa yang penting sekarang ni ialah semua pihak khususnya pengurusan sekolah guru, murid perlu ikut dan patuh SOP yang ditetapkan oleh KPM dan KKM jadi kecuaian dan abai dalam mematuhi SOP yang ditetapkan ini akan mengundang dan mendedahkan kepada jangkitan covid 19. Berkaitan adakah wajar sekolah ini ditutup atau tidak bergantung pada nasihat pejabat kesihatan daerah dalam hal ini apa perkara paling penting sekali ujian saringan perlu kerap dilakukan kepada warga pendidik dan juga pelajar-pelajar untuk mengesan jangkitan sekiranya berlaku dan boleh ambil tindakan segera bagi membendung jangkitan covid-19.”
Menurut Ustaz Azizi, sekiranya sekolah berkenaan diarahkan tutup oleh pihak berkuasa, guru-guru perlu memastikan sesi pembelajaran terus dijalankan supaya para pelajar tidak keciciran dalam pendidikan.
Katanya, pelbagai kaedah boleh dilakukan termasuklah melaksanakan Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (Pdpr) mahupun memberi tugasan kepada pelajar.
“Kelas mungkin dijalankan secara pdpr ataupun mungkin autonomi diberikan kepada sekolah memastikan pelajar-pelajar meneruskan pembelajaran samada sekolah memberikan tugas atau kerja projek kepada pelajar-pelajar supaya proses pembelajaran itu dapat diteruskan dengan apa cara mekanisme yang sesuai yang penting pelajar dapat belajar jadi saya fikir dalam hal ini lebih belajar kepada pdpr sekolah boleh tahu tentang kaedah yang sesuai bagi memastikan pelajar dapat mengukit pembelajaran dengan cara yang terbaik dan selamat.”