ISNIN, 29 NOVEMBER – Pilihan Raya Umum Ke-15 yang mahu diadakan perlu mengambil kira situasi negara dan tahap keselamatan serta kesihatan rakyat.
Penganalisis Politik dan Geostrategis, Azmi Hasan berkata UMNO dilihat lebih mementingkan agenda politik daripada agenda rakyat sekiranya mahu mengadakan Pilihan Raya Umum dalam tempoh terdekat.
Gesaan untuk mempercepatkan PRU itu katanya tidak mengambil kira keselamatan rakyat sedangkan dalam sudut laporan kesihatan dunia, ada varian baru virus corona yang sedang mula meningkat dan berbahaya kepada kesihatan awam.
Azmi Hasan sebagai Penganalisis Politik & Geostrategis berkata :
“…Pada ketika ini kita tahu baru 48 jam kita tahu ada varian baru yang lebih hebat daripada varian delta itu pasal pandemik jadi kalau dilihat umno begitu mendesak supaya parlimen itu dibubarkan secepat mungkin iaitu sebelum Jun tahun depan seperti yang dijanjikan maka umno dilihat lebih mementingkan agenda politik daripada agenda rakyat demi keselamatan kesihatan jadi itu bahayanya bukannya rakyat tidak mahu membuat keputusan bukan rakyat mahu memberi mandate kepada mereka rakyat mahu menerajui kerajaan tetapi keadaan sekarang tidak mahu dituduh umno terlampau gelojoh sehingga terlampau mementingkan agenda parti politik mereka….”
Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai kedudukan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri. Azmi berpendapat UMNO berkemungkinan mempunyai calon lain sebagai Perdana Menteri dengan mengambil kira apa yang berlaku dalam Pilihan Raya Negeri Melaka.
“…Kalau kita lihat apa yang berlaku di Melaka itu dimana Datuk Seri Ismail Sabri tidak ketengahkan sangat…maka secara tersiratnya UMNO ada calon lain itu hakikatnya siapakah calon itu saya pun tidak dapat tentukanlah tapi hakikatnya kalau kita ambil apa yang berlaku di Melaka sememangnya datuk seri Ismail Sabri bukan calon parti UMNO sebagai Perdana Menteri itu kita ambil apa yang berlaku di Melaka…”