ISNIN, 29 NOVEMBER – Di Kuala Berang, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) , Datuk Rosol Wahid, menyarankan pengeluar produk roti Gardenia, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd menangguh dahulu cadangan menaikkan harga roti di pasaran.
Gardenia Bakeries sebelum ini bercadang menaikkan harga produk roti pengeluaran syarikatnya pada satu Disember depan.
“Walaupun kenaikan RM0.10 sen sahaja, ia tetap memberi kesan khususnya kepada pengguna B40. Oleh itu, KPDNHEP menyarankan pihak pengeluar produk roti itu untuk menangguh dahulu cadangan kenaikan harga roti di pasaran. ‘’
– Timb. Menteri KPDNHEP, Datuk Rosol Wahid
Kata Rosol, kementerian berharap Gardenia Bakeries prihatin dengan kesempitan hidup masyarakat sekarang. Pelbagai alasan yang diberikan susulan cadangan kenaikan harga itu termasuk kenaikan harga tepung gandum di pasaran,
Rosol berkata, pihaknya sudah berbincang dengan Gardenia Bakeries dan memberi cadangan penangguhan kenaikan harga itu dan jawapan akan diterima selewat-lewatnya pada hari ini.
Susulan itu, Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyarankan pengeluar produk roti Gardenia, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd menangguh terlebih dahulu cadangan menaikkan harga roti di pasaran.
Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid, berkata pihaknya berharap Gardenia Bakeries prihatin dengan kesempitan hidup masyarakat sekarang.
Menurutnya, walaupun nilai kenaikan hanya RM10 sen sahaja, ia tetap memberi kesan khususnya kepada pengguna B40. Oleh itu, pihaknya sudah berbincang dengan Gardenia Bakeries dan memberi cadangan penangguhan kenaikan harga itu.
Gardenia Bakeries akan memberi jawapan selewat-lewatnya hari ini sama ada bersetuju membuat penangguhan harga atau sebaliknya.