ISNIN, 29 NOVEMBER – Kerjaya Politik Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dipercayai akan tamat pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Perkara itu dinyatakan sendiri oleh veteran UMNO itu.
“Masalah saya ialah jika saya menarik diri, kawasan Parlimen (Gua Musang) mungkin tidak lagi menjadi kerusi selamat. Itu alasan yang diberikan kepada saya sebelum ini, itu sebabnya saya perlu bertanding pada dua PRU lepas.”
– Tengku Razaleigh Hamzah, Ahli Parlimen Gua Musang
Memetik Malaysia kini, beliau berkata meskipun sudah dinyatakan sebelum ini pada pilihan raya lalu PRU-13 dan PRU-14 untuk tidak memilih dirinya, namun perkara itu masih berlaku dan dipercayai akan dipilih sekali lagi pada PRU-15 bergantung pada pucuk pimpinan parti.
Jelasnya, jika beliau menarik diri kawasan Parlimen (Gua Musang) mungkin tidak lagi menjadi kerusi selamat. Justeru beliau perlu bertanding bagi mengekalkan kerusi itu kepada Barisan Nasional.
Tengku Razaleigh pernah memainkan peranan penting sebagai menteri kewangan dari 1976 hingga 1984 apabila Malaysia mengalami ledakan ekonomi, serta diketengahkan dengan ketara dalam era perintis Petronas dan Bank Bumiputera.