JUMAAT, 26 NOVEMBER – Penjajah barat menggunakan strategi Settler-Colonialism iaitu penjarahan wilayah bukan sahaja berlaku secara besar-besaran, malah ia telah ‘membunuh’ secara halus identiti dan sistem nilai yang dibangunkan oleh peradaban Melayu.
Implikasi utama strategi ini berlakunya penghapusan bangsa Melayu secara sistematik dari tanah air ini sehingga berlaku hari ini.
Menurut Ketua Penyelidik Pusat Kajian Iris Institute, Nur Hanis Mohamad Noor, buktinya dapat dilihat apabila 29 kampung Melayu di Pulau Pinang telah dihapuskan.
Nur Hanis Mohamad Noor sebagai Ketua Penyelidik Pusat Kajian IRIS Institute berkata :
“…Satu model yang sama seperti di Singapura apabila 1965 PAP naik mereka menjalankan satu polisi atau mereka mengadakan membina satu lembaga dinamakan housing development board tadi prof ridhuan tee sebut tentang housingkan polisi perumahan di Singapura mempunyai satu polisi dimana tidak dibenarkan mana-mana kaum mendominasi 1 kawasan jadi kampung melayu diambil tanahnya oleh kerajaan di bawah HDB dan diberikan tander kepada pemaju-pemaju suasta kemudian apabila terbinanya flat-flat kondominium tidak dibenarkan 1 kaum apatah lagi orang melayu untuk mendominasi satu kawasan jadi orang melayu tiada satu komuniti yang mengamalkan kemasyarakatan Melayu Islam Muslim tidak ada suatu budaya atau life style di Singapura dan di Pulau Pinang kejadian yang sama juga 29 buah kampung Melayu dihapuskan developer ambil dimajukan tetapi tidak membela pemilikan tanah orang Melayu.” dan kalau saya boleh ambil 1 data dari kajian kami pada tahun 2003 tanah wakaf islam di Georgetown adalah berukuran 398 ribu kaki persegi tapi jika nak dibandingkan dengan tanah gereja keluasannya adalah 2 juta kaki persegi…”
Dalam pada itu, Profesor Sejarah Sosial Dan Intelektual (ISTAC-IIUM), Prof Datuk Dr Ahmad Murad Merican berkata;
“…penghapusan Sejarah sedang berlaku di Pulau Pinang dengan membawa naratif yang berbeza selepas 17-86 sedangkan sebelum itu lagi sudah ada ketamadunan orang Melayu negeri berkenaan”.
Prof Datuk DR Ahmad Murad Merican sebagai Profesor Sejarah Sosial Dan Intelektual (ISTAC-IIUM) berkata :
“…Apa yang berlaku di Pulau Pinang ialah penghapusan sejarah. sejarah melayu dihapuskan kalau kita lihat naratif arus perdana pulau pinang sejak berpuluh tahun telah memadamkan meminggirkan penglibatan dan asal usul orang melayu terutama sekali sejarah arus perdana pulau pinang tidak mengakui kewujudan orang melayu di pulau sebelum 1786 dan dia mulakan sejarah pulau pinang dari 1786 tapi apa jadi sebelum itu? sebelum itu telah wujud satu masyarakat satu tamadun di pulau pinang dan wujud sistem undang-undang di pulau pinang dan pulau pinang ini di bawah negeri kedah dan ini pun sedang dihapuskan…”
Beliau berkata demikian dalam rancangan Dimensi bertajuk “Pulau Pinang Bakal Jadi Singapura ke-2?” di TV Pertiwi malam tadi.
Kupasan tersebut turut disertai Pengerusi Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam, Haji Aminuddin Yahaya dan pemerhati politik, Profesor Dr Ridhuan Tee Abdullah.
Sementara itu sebuah buku terbaharu IRIS Institute turut dilancarkan berjudul Pembandaran Kolonial dan Penghapusan Bangsa Melayu di Malaysia.