
(Peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla)
KHAMIS, 25 NOVEMBER – Hanif berkata pihaknya telah menyampaikan penghujahan berhubung isu pelembagaan perundangan dan perkara lain untuk menyokong tuntutan bahawa tidak ada perlindungan kepada sekolah vernakular seperti diwar-warkan sebelum ini di bawah dalam Perlembagaan Persekutuan.
Dalam masa yang sama peguam yang mewakili pihak defendan telah membuat hujahan bagi pihak masing-masing.
Melalui sebuah panggilan, Mohamed Haniff Khatri Abdulla , Peguam berkata :
”…pada hari semalam juga peguam kerajaan dan peguam pihak-pihak lain telah memohon menjadi pihak dalam kes ini telah membuat hujahan masing-masing tentang kenapa bagi mereka kononnya perlembagaan memelihara sekolah vernakular walaupun tidak dinyatakan secara khusus dibawah perkara 153 jadi segala hujah telah disampaikan dan pada hari ini sebelah pagi kami telah membuat hujahan balasan terhadap hujahan pihak defendan dan selepas mendengar semua pihak tamat jam 1 tengah hari tadi mahkamah telah menangguhkan kes ini untuk keputusan pada 29 Disember jam 10.30 pagi di mana mahkamah akan membuat keputusan…”
Tambah Hanif, jika mahkamah memutuskan keabsahan dan kedudukan sekolah vernakular di sisi Perlembagaan Persekutuan adalah tidak sah, maka satu pengisytiharaan akan dibuat dan perintah-perintah lanjut akan dibuat terhadap kerajaan.
“…Jika keputusan mahkamah berpihak kepada kita maka akan ada deklarasi pengisytiharaan oleh mahkamah dengan menyatakan sekolah vernakular itu adalah tidak sah menurut perlembagaan dan akan ada perintah-perintah lanjut yang dirasai bermanfaat oleh mahkamah diperintahkan terhadap kerajaan untuk mematuhinya tapi sebaliknya jika mahkamah mendapati bahawa sekolah vernakular dalam bahasa pengantar berbeza dengan bahasa kebangsaan adalah dipelihara oleh Perlembagaan Persekutuan maka perintah yang berkenaan akan dibuat pada 29 Disember…”
Hanif mewakili 3 plaintif iaitu Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (MAPPIM) dan Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) yang memohon perintah mahkamah agar sekolah vernakular menghentikan penggunaan bahasa Cina dan Tamil sebagai bahasa pengantar.
Antara hujahan plaintif adalah Seksyen 2, 17 dan 28 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) adalah bercanggah dengan Perkara 152(1) Perlembagaan Persekutuan.
Penubuhan dan kewujudan sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil adalah bercanggah dengan Perkara-Perkara 5,8,10, dan 12 Perlembagaan Persekutuan.