RABU, 24 NOVEMBER – Datuk Seri Najib Tun Razak memohon penangguhan keputusan Mahkamah Rayuan yang sepatutnya berlangsung pada 8 Disember ke tarikh 13 Disember.
Penangguhan itu dibuat berhubung keputusan rayuannya terhadap sabitan dan hukuman bagi kesalahan penyelewengan RM 42 juta dana SRC International Sdn Bhd.
Permohonan penangguhan ke tarikh baharu itu dibuat kerana bekas perdana menteri itu perlu menjalani kuarantin di rumah sekembalinya dari Singapura.
Najib diberikan kebenaran awal untuk mendapatkan sementara pasportnya dari 20 Okt hingga 22 Nov supaya dia boleh berada di Singapura untuk bersama anak perempuannya, Nooryana Najwa.
kemudiannya memohon ia dilanjutkan kerana perlu membantu kempen pilihan raya BN di Melaka.
Pihak pendakwaan juga telah dimaklumkan mengenai permintaan itu dan tiada sebarang bantahan.