ISNIN, 22 NOVEMBER – Kadar kemasukan ke hospital semakin meningkat akibat COVID-19.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memberi amaran berkenaan seraya berkata kebanyakan kes adalah warga emas dan golongan komorbid yang dijangkiti melalui kontak rapat ahli keluarga yang membawa balik virus ke rumah.
Sehubungan itu beliau menasihatkan pakailah pelitup muka dan elakkan tempat yang sesak, serta dapatkan dos penggalak apabila diberi janji temu.
Khairy berkata demikian dalam satu kenyataan di Twitter, hari ini. Menurut COVIDNOW, jumlah keseluruhan pesakit COVID-19 yang dirawat di hospital adalah 5,431 atau 7.9 %.
Berdasarkan data dikongsikan melalui laman sesawang COVIDNOW, jumlah keseluruhan pesakit COVID-19 yang dirawat di hospital adalah 5,431.
Jumlah pesakit yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula sebanyak 541. Kes di ICU membabitkan 274 pesakit COVID-19 yang memerlukan bantuan pernafasan dan 267 lagi memerlukan mesin ventilator.
Kadar penggunaan katil paling tinggi ialah di negeri Terengganu sebanyak 85.9 %, diikuti Kelantan 83.3 %, Melaka 81.2 %, Kedah 74.9 %, Labuan 74.5 % dan Johor 73.8 %.