ISNIN, 22 NOVEMBER – Seramai 560 anggota dan pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ dijangkiti Covid-19 sejak Mac lalu dengan 531 kes dilaporkan.
Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan JPJ, Aminurrahim Mohamed berkata,
“… lebih daripada 50 peratus kes-kes berkenaan melibatkan jangkitan semasa bekerja termasuk ketika melakukan operasi.”
Meskipun dalam tempoh pandemik, JPJ tetap perlu menjalankan tugas memenuhi permintaan pelanggan.
Bagaimanapun masyarakat khususnya pelanggan JPJ perlu mematuhi tatacara operasi piawai SOP yang ditetapkan sekiranya berurusan dengan agensi itu secara bersemuka. Beliau berkata demikian di Putrajaya semalam, 21 November.
Mengulas lanjut Aminurrahim berkata; Pihaknya turut merekodkan 4 kematian akibat Covid-19 termasuk 3 daripadanya mendapat jangkitan di tempat kerja.