KHAMIS, 18 NOVEMBER – Berikut kronologi insiden membabitkan pesawat pejuang Hawk milik TUDM sejak 1996.
18 Jun 1996 – terhempas ketika membuat penerbangan latihan berhampiran Pangkalan TUDM di Butterworth, Pulau Pinang. Tiada kecederaan.
23 Julai 1996 – terhempas dan meletup di sebuah gaung kecil di luar Lapangan Terbang Labuan. Dua juruterbang terselamat.
10 September 1998 – Juruterbang terkorban, apabila pesawat latihan Hawk 208 terhempas di Kuala Betis, Gua Musang kira-kira 200km dari Kota Bharu, Kelantan.
2 Oktober 2000 – terbabas semasa mendarat di Pangkalan TUDM Labuan selepas menjalani latihan penerbangan biasa. Juruterbang terselamat.
18 Disember 2003 – Dua juruterbang terbunuh apabila pesawat pejuang Hawk 100 terhempas di perairan Pantai Sepat, Kuantan, Pahang.
23 Jun 2005 – terhempas di Pangkalan Udara TUDM Labuan, mengorbankan juruterbangnya.
4 Mei 2007 – terhempas di Pangkalan Udara Kuantan, Pahang. Juruterbang terselamat.
15 Jun 2017 – hilang di persekitaran utara Kuantan iaitu di sempadan Terengganu dan Pahang setelah terputus hubungan pada 11.30 pagi. Dua juruterbang disahkan terkorban selepas pesawat terhempas di kawasan hutan berpaya di Chukai, Terengganu.
16 November 2021 – kemalangan di kawasan landasan Pangkalan Udara di Butterworth, Pulau Pinang pada 10.07 malam. Seorang juruterbang terselamat manakala seorang lagi terkorban.