SELASA, 16 NOVEMBER – Dalam pada itu Pengerusi Persatuan Bas Sekolah Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur, Tuan Haji Mohamad Haron Haji Mohamad Sidik berpendapat bahawa “…tanggungjawab untuk memantau keselamatan anak-anak bukan terletak di bahu pemandu van sahaja”.
Pihak sekolah juga perlu turut serta memastikan murid-murid tiba ke perkarangan sekolah dengan selamat.
Mohamad Haron Mohamad Sidik berkata :
“sebenarnya setiap taska perlu ada seorang kena jaga diluar…..kita pulak nak minta lebih daripada ibubapa, ibubapa taknak. Kita minta semua pemandu-pemandu untuk memastikan….lintaskan pelajar-pelajar, baru jalan”.
Selain itu, beliau turut mengingatkan para pemandu van untuk segera mendaftar dengan persatuan, agar bimbingan dan pemantauan dapat diberikan, serta bantuan kepada ahli sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku.