ISNIN, 15 NOVEMBER – Susulan pembinaan SJKC Too Joon Hing di Bandar Kinrara, Puchong yang didakwa asalnya adalah milik tapak Sekolah Kebangsaan.
Satu sidang media diadakan di tapak binaan sekolah berkenaan hari ini oleh Pertubuhan Badan Bertindak Bukit Kinrara.
Tujuannya adalah bagi menuntut Kementerian Pendidikan Malaysia KPM agar membina Sekolah Kebangsaan di kawasan itu dan bukannya Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, SJKC dengan kadar segera.
Mohamad Haron Mohamad Sidik selaku pengerusi Bertindak berkata “kerana itu pada 14 November 2021, kami penduduk-penduduk meminta kerajaan dan KPM untuk membina SK di tapak BK5B ini dengan segera. Kami minta kerajaan dan juga Kementerian Pendidikan Malaysia membina segera sekolah di sini, di tapak ini. Kami juga hendak kerajaan membina lagi sekolah kebangsaan di tapak BK4 iaitu lebih kurang dalam 500 ke 1 kilometer di sini dan sebuah lagi sekolah menengah kebangsaan lebih kurang jaraknya satu kilometer di sini. Untuk menampung penduduknya yang berjumlah 11 ribu unit”.
Haron yang juga Pengerusi Penaja Jawatankuasa, Pertubuhan Badan Bertindak Bandar Kirara – BERTINDAK berkata;
Pihaknya tidak menghalang pembinaan sekolah di kawasan berkenaan namun, pembinaan SJKC yang berlebihan di kawasan majoriti penduduk Melayu adalah tidak wajar.
Dalam pada itu, Kira-kira dua minggu lalu KPM telah mengarahkan agar kerja-kerja pembinaan SJKC itu dihentikan serta merta.
Beliau juga berkata “kami bimbang, kami bimbang jika tapak-tapak ini dibiarkan terlalu lama terbiar mungkin akan disalahgunakan lagi oleh orang-orang yang hanya tahu pentingkan kaumnya sahaja dan poketnya sahaja”.