JUMAAT, 12 NOVEMBER – Seramai 22 juta 248 ribu 737 individu atau 95 peratus populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19, setakat 11.59 malam tadi.
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan K-K-M di laman COVIDNOW, sejumlah 97 perpuluhan lima peratus atau 22 juta 838 ribu 338 individu dewasa pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Rujuk sini – COVID-19 di Malaysia – COVIDNOW
Sejumlah 131 ribu 240 dos vaksin harian telah diberikan semalam, membabitkan 37 ribu 689 suntikan dos lengkap;
…tujuh ribu 650 menerima dos pertama dan 85 ribu 901 pula menerima suntikan dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 50 juta 804 ribu 374.
Setakat semalam juga dua juta 442 ribu 373 atau 77 perpuluhan enam peratus individu bagi golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah lengkap vaksin.
Selain itu, jumlah kumulatif dos penggalak pula kini sebanyak 731 ribu 635.