JUMAAT, 12 NOVEMBER – Majlis Pemulihan Negara (M-P-N) membuat keputusan agar sempadan negara dibuka kepada pelawat antarabangsa selewat-lewat pada Satu Januari depan.
Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia bagi mempercepatkan pemulihan khususnya dalam sektor pelancongan.
Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pengerusi MPN berkata pada minit 00:21 “… mengambil kira tahap pencapaian program vaksinasi negara yang amat baik mesyuarat memutuskan sempadan negara dibuka…dan minit 01:07 pula, …iaitu sektor yang terkesan teruk disebabkan pandemik COVID-19…
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat M-P-N siri kelima di Kementerian Kewangan hari ini.
Sektor pelancongan terkesan teruk sebanyak RM90 bilion sepanjang pandemik yang merupakan kehilangan hasil negara.
Oleh itu Muhyiddin menambah, M-P-N menyarankan Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik untuk mengenalpasti negara-negara yang mempunyai tahap pencapaian program vaksinasi yang tinggi.
Ini kerana jelas beliau, negara luar seperti United Kingdom, Amerika Syarikat dan Switzerland telah pun membuka sempadan mereka kepada negara memiliki tahap vaksinasi tinggi.